Program Karnival Perpaduan Komuniti PPR Intan Baiduri

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 07 September 2019, telah berlangsungnya Program Karnival Perpaduan Komuniti PPR Intan Baiduri. Program ini telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta PPR Intan Baiduri yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang bersempena Hari Perpaduan Komuniti.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pameran mesin pencetak 3D, puzzle, kuiz berkaitan pusat internet dan pengetahuan am mengenai ICT dan edaran risalah bagi memperkenalkan pusat internet serta penerangan tentang program kesedaran advokasi seperti Klik Dengan Bijak, Mobile eWaste, Check Your Label dan juga portal Sebenarnya.my. Kelas mengenali website Canva juga telah diadakan pada hari tersebut untuk usahawan-usahawan kecil Giat Mara PPR Intan Baiduri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali